Point to ponder

To the person who'd became my umbrella when I was standing alone in the rain, thanks to you, it was very warm.

Sunday, May 29, 2016

~Takdir cinta~

“Love comes simply for pain”. Itu adalah ungkapan yang sesuai bagi Nerina Aisya pada saat ini. Kehilangan insan yang disayangi benar-benar mengguris hati dan perasaannya. Tidak pernah terlintas di benaknya bahawa dia akan kehilangan insan yang amat dia cintai dalam sekelip mata. Lelaki itu merupakan insan pertama yang mendapat tempat dihatinya. Berat hatinya untuk merelakan,tetapi apakan daya dia untuk memaksa hati dan perasaan orang lain. ‘huhh…’Aisya mengeluh berat. Matanya memandang ke luar jendela. Melihat keindahan langit malam yang dihiasi bintang dan diterangi bulan.
Mindanya teringat peristiwa 5 tahun lepas. Saat hatinya masih remaja.  Perkenalannya dengan seorang lelaki diatur oleh sahabatnya, Miratul Sofwa. Salam perkenalan yang murni dihulurkan oleh Aisya  kepada Amir Naufal.  ‘Hai, saya Naufal. Amir Naufal.’ Kata Naufal dengan senyuman yang terukir dibibirnya. ‘Saya Aisya.Nerina Aisya.’ Aisya tertunduk malu. ‘ Saya dah kenal. Mira banyak bercerita tentang awak.’ Muka Aisya kemerahan. Mereka beriringan menuju ke dalam restoran McDonald.  Mereka cuba mengenali hati budi masing-masing.
Perhubungan mereka semakin hari semakin mesra. Bagai pinang dibelah dua. Bagai belangkas. Ke mana sahaja mereka pasti berdua. Aisya merasakan yang dirinya disayangi dan diberi perhatian. Dahulu dia sering mengimpikan seorang teman yang begitu memahami dan sekarang dia menjumpai seorang lelaki yang sangat memahami dia. Cuma , dia hanya keliru dengan perasaannya sendiri. Kekeliruan dihati dibiarkan tanpa jawapan yang pasti demi menjaga persahabatan mereka yang terjalin mesra.
Aisya. Naufal ada nak bagitahu sesuatu..
Kiriman SMS daripada Naufal dibaca dengan teliti.
Apa dia? Cakaplah.
Balas Aisya ringkas.
Sejak kali pertama Naufal berjumpa dengan Aisya, Naufal dah rasa sesuatu yang berbeza dengan Aisya. Naufal rasa Aisya ni berbeza dengan perempuan lain. Naufal nak propose Aisya jadi teman hidup Naufal, boleh? Naufal harap Aisya sudi.
Antara tangisan atau ketawa. Hatinya tersentuh. Rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan.
Perasaan cinta yang hadir dalam diri manusia telah ditakdirkan. Tiada yang dapat memaksa cinta untuk hadir. Cinta menjadi fitrah kehidupan manusia. Aisya tersentuh dengan kebaikan Naufal dan Aisya menerima Naufal dengan ikhlas dan demi agama dan maruah Aisya.Aisya cuma berharap cinta dan sayang yang Aisya hulurkan tidak didustai. Sayang dan kasih yang naufal beri pada Aisya tidak palsu.
Hati Naufal bahagia tatkala membaca bait kata-kata Aisya.Tidak menyangka bahawa Aisya akan menerima dia sebagai  kekasih hati. Naufal meraskan yang dia merupakan lelaki yang paling bahagia kerana diberi cinta untuk diberikan kepada Aisya. Gadis yang sangat baik, sopan dan sangat berbeza dengan perempuan lain.
Aisya pula masih keliru dengan hatinya. Memang Naufal lelaki yang baik, tetapi dia takut dipermainkan. Takut ditipu. Naufal lelaki pertama yang dia terima sepanjang hidup dia. Dia juga berharap Naufal menjadi yang terakhir. Cinta yang dihulurkan bukanlah permainan hatinya.
3 TAHUN  BERLALU..
‘Assalamualaikum Aisya.’
Salam yang dihulurkan mengubat rindu di hati setelah sekian lama tidak berjumpa. Walaupun hanya bercakap melalui telefon, tetapi Aisya sudah gembira.
‘Waalaikumussalam. Ada apa telefon Aisya?’
‘Naufal rindu. Dah lama tak jumpa. Awal tahun depan Naufal akan balik Malaysia. Tak sabar nak jumpa Aisya.’
Airmata Aisya hampir mengalir kerana terlalu rindukan Naufal.
‘Aisya akan balik Malaysia akhir tahun ni. Minta awalkan final exam. Bosan dah duduk kat UK ni lama-lama. Macam mana belajar? Ok tak?’
‘Ok je. Naufal pun minta awalkan tapi tak boleh. Dah serabut duduk kat negara orang nie. Hum. Ok la, nanti kalau free Naufal call lagi.’
‘ok bye.Assalamualaikum.’
‘Bye waalaikumussalam. Nerina Aisya. Amir Naufal sayang awak.’
‘aisya pun sayang Naufal.’
Panggilan dari kekasih hati mengurangkan kesedihan dihati. 3 tahun berpisah. Aisya ke United Kingdom untuk sambung belajar dalam bidang perubatan manakala Naufal ke Jepun dalam bidang  engineering. Walapun terpisah hati dan fikiran mereka tetap bersama.

Hari yang dinantikan telah tiba. Aisya selamat sampai ke Malaysia. Hatinya terlalu rindu akan tanah tumpah darahnya dan keluarganya. Kepulangannya ke Malaysia masih tidak sempurna kerana Naufal tiada disisi. Hari –harinya di Malaysia begitu kosong kerana Naufal jauh dimatanya. Dia sering berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadapi situasi ini.

Aisya berada di lapangan terbang KLIA menunggu ketibaan pujaan hatinya Naufal. Penerbangan dari Jepun tiba pada jam 5 petang. Aisya mencari-cari kelibat Naufal dan terkejut apabila tangannya dipegang seseorang dari belakang. Dia memusingkan badannya ke belakang dan melihat Naufal. Dia terkedu. Orang yang disayangi dan dirindui sejak sekian lama kini berada di depan mata.
‘Assalamualaikum cintaku Nerina Aisya. Maafkan saya buat awak tercari-cari dan tertunggu-tunggu.’ Ucap Naufal sambil memegang sejambak bunga ros putih dan diberikan kepada Aisya.
‘Waalaikumussalam rinduku Amir Naufal. Terima kasih untuk bunga ni. Saya akan terus menunggu awak sampai akhir hayat saya.’
Mereka serentak tersenyum dan melangkah pulang kerumah Naufal.

Hari-hari  Aisya kembali gembira dengan adanya Naufal disisi. Mereka sering keluar bersama. Pada suatu hari, Naufal mengajak Aisya ke taman bunga tempat mereka pernah mereka kunjungi. Aisya berfikir sejenak kenapa naufal mengajak dia ke taman bunga? Kenapa bukan di tempat mereka selalu jumpa? Dia mengesyaki sesuatu.
‘ke dia nak lamar aku? Wow! Tak sabarnya.’ Monolog Aisya.
Aisya pergi ke tempat yang dijanjikan. Dari jauh dia melihat kelibat Naufal yang berbaju putih, berjeans hitam dan memakai sneakers putih.
‘Hai Naufal. Sorry lambat sikit.’
‘Oh. Tak apa . saya pun baru sampai.’
Mereka duduk di gazebo bersebelahan dengan kolam ikan.
‘Ada apa awak nak jumpa saya? Macam serius je.’ Tanya Aisya.
‘Memang agak serius. Pasal hubungan kita.’
‘kenapa dengan hubungan kita.’
Naufal mengaluh berat.
‘Kita dah kenal 3 tahun lebih dah. Kita dah banyak lalui hari-hari bersama. Tapi, saya rasa kita tak boleh lagi bersama sebab saya masih ada banyak komitmen lain yang saya kena fokus. Maafkan saya.’
Airmata Aisya berjujuran. Kenapa semuanya jadi begini? Kenapa perpisahan yang terjadi?
‘Andai ini takdirNya saya redha. Andai perpisahan yang awak nak saya ikhlas. Maafkan saya jikalau selama ini kehadiran saya mengganggu awak. Assalamualaikum.’
‘Aisya tunggu..’
Panggilan Naufal tidak dilayan. Dia melangkah pergi dengan hati yang patah. Tidak dia sangka hubungan selama ini menjadi beban kepada Naufal. Hatinya teramat sakit. Dia sudah kecewa dengan lelaki. Semua lelaki. Cinta pertama yang bersemi dihati kini menjadi luka parah yang merosakkannya.
Mengapa dia yang merasai semua ini. Hidupnya kini dibasahi air mata. Janji yang dilafazkan dahulu kini dimungkiri oleh Naufal sendiri.
Ya ALLAH, kembalikanlah kekuatan aku.


Aisya terkejut dengan lamunannya dengan bunyi ketukan pintu. Walaupun peristiwa itu sudah 2 tahun berlalu bagaikan baru semalam dia mengalaminya. Cinta yang dikhianati tidak akan pernah dia lupakan.
‘Morning Aisya. Jom keluar. Budak-budak ni ajak reunion . jom la.’ Ujar Syazinta.
‘Alaa . Malas la.’ Balas Aisya.
‘Sampai hati kau. Bukan senang nak buat reunion tau. Lagipun bukannya jauh sangat kat taman tu je ha.’
‘yela-yela. Jap lagi aku turun.’
‘yeay! Sayang kau.’
Syazinta tersenyum dan keluar dari bilik aisya. Aisya bersiap ala kadar dengan mengenakan Jeans hitam, kemeja pink dan bertudung hitam. Hati Aisya tersentuh apabila taman yang dimaksudkan Syazinta ialah tempat dimana perpisahannya dengan Naufal. Tetapi dia berpura-pura tiada apa yang berlaku kerana dia ingin kesedihan itu dipendam sendiri. Kalaupun dia bercerita dengan orang lain , itu tidak akan mengubah masa lalu.
Dia berjalan sendirian ke gazebo di mana Naufal meminta perpisahan dahulu. Hatinya bagai berdarah kembali. Sedih? Memang sedih. Cinta pertama yang disangka akan berkekalan kini sudah pergi. Kata-kata terakhir Naufal pada malam mereka berpisah masih terngiang-ngiang di telinganya ,
Saya nak awak anggap yang kita tak pernah kenal. Anggap kita tak pernah ada apa-apa. Kita dah tak sehaluan. Lupakan saya. Cari orang lain.
Kata-kata itu membuatnya terguris.
‘Saya takkan pernah lupakan awak. Awak boleh pinta saya tinggalkan awak, tapi untuk lupakan awak beri masa seumur hidup saya.cari orang lain? Tiada yang dapat lupakan cinta pertama. Janji yang awak taburkan dulu akan saya ingat sampai bila-bila.’ Hati Aisya berbicara.
Dia masih termenung ke arah kolam ikan. Dia mulai bosan dan ingin pergi menyapa rakan-rakannya. Tiba-tiba dia dilanggar oleh seseorang. Dia hampir terjatuh tetapi tangannya pantas ditarik oleh lelaki itu.
‘Maafkan saya. Saya tak sengaja. Saya nak cepat sebab ada hal.’
‘Tak apa encik. Saya pun salah sebab tak tengok awak.’ Kata Aisya sambil membetulkan bajunya. Mukanya diangkat dan dia hamper rebah kerana lelaki itu ialah Amir Naufal. Lelaki yang pernah menjadi kekasihnya. Yang pernah melukai nya. Tetapi masih lagi cinta dia. Hati sakit bila melihat muka Naufal. Airmatanya mengalir dipipi. Lalu dia melarikan diri.
‘Aisya! Aisya! Nanti dulu! ‘ jerit Naufal.
Jeritan itu tidak diendahkan. Aisya meninggalkan taman itu. Dia bukan bencikan Naufal tetapi dia tidak menyangka akan berjumpa kembali. Hatinya perit dan pedih.
‘aku benci kau Naufal. Kenapa kau muncul lagi saat hati sedang sakit?’ Detik hati Aisya.
Ada satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali masuk ke telefon Aisya.
‘assalamualaikum. Siapa ni.’
‘waalaikumussalam. Saya Naufal. Tolong jangan letak . saya nak cakap sikit. Maafkan saya. Saya memang salah. Saya ingat tanpa awak saya boleh hidup, tapi saya silap. Awaklah sumber inspirasi dan semangat saya. Aisya , saya perlukan awak. Tolong bagi saya peluang.’
Aisya mengeluh berat.
‘Maafkan saya Naufal. Hati saya masih sakit. Tak mungkin kita akan bersama lagi lepas semua yang buat kat  saya. Bukan semudah itu untuk saya lupakan segalanya. Tak mudah bagi saya untuk menerima lelaki yang pernah hancurkan impian dan hati saya. Selepas awak pergi, hidup saya hancur. Setahun saya berlinang airmata. Saya takkan biar saya disakiti dua kali. Maafkan saya. Mohon memahami.’
Panggilan itu terus Aisya putuskan.
“Ya ALLAH beri aku ketabahan. Jagalah hatiku. Jagalah hati dia. Sesungguhnya aku yakin segala-galanya telah diatur oleh Mu untuk hambaMu. Berikanlah yang terbaik untuk kami. Seandai dirinya, tercipta untukku, relaku menjadi miliknya. Seandainya tidak jauhkanlah hati aku dari dia.” Pohon Aisya dalam solatnya istikharahnya.

Aisya nekad untuk sambung pelajaran ke United Kingdom untuk menyambung PhD dan membawa hati yang lara. Lari jauh dari kenangan yang merosakkannya. Jauh dari cinta. Jauh dari Amir Naufal yang pasti. Dia tidak sekuat Saidatina Khadijah untuk berhadapan dengan situasi ini. Dia tidak setabah Sumaiyyah yang gagah menghadapi ujian hidup. Dia tidak sekental Saidatina Aisyah yang sering berada disisi Rasulullah. Dia tidak mahu impiannya musnah akibat cinta. Cukuplah hanya sekali dilukai. Bukan nya tidak bercinta tapi serik untuk menyintai lagi. Dia tidak berdendam kerana memaafkan lebih memberi balasan Cuma dia sudah tidak kuat dan putus asa dalam percintaan. Pengalaman mengajar dia erti dewasa. Dia rela berkorban kasih dari jadi mangsa cinta seorang lelaki yang tidak pernah menghargai cinta dia. Biarlah masa yang menentukan segalanya. Dia akan pulang ke Malaysia apabila dia mendapat kembali ketabahan dan kekuatan diri.


>Forgiving people who have hurt you is your gift to them, forgetting people who have hurt you is your gift to you. If you love someone let it go. If it comes back to you, it’s yours. If it doesn’t, it never was. Sometime you have to realize that some people can stay in your heart but not in your life. <

By: ATHIFAHDIN


olaa.. 
harini panas and what best is, i woke up early and starts my revision. duhh. final is just around the corner.

aku bangun awal bukan apa , sebab mimpi yg ngeri aka nightmare. aku mimpi yang aku bertunang dengan orang yang aku tak kenal . btw, he's handsome. lulss. tapi pelik kan. i have no intention to get married at all. yihaa. well, im still young and free. pastu aku call la ibu , hajatnya nak release kan apa yang mengganggu fikiran aku tuh, tapi ibu pulak cakap, "tak lama lagi laa tuh nak bertunang, Alhamdulillah". aku pulah cepat2 istighfar. lol ibu. anakmu ini masih muda. dahla haritu suruh kahwin masa belajar. kalau ade jodoh tu ada laa.

but now, hati aku belum terbuka untuk sesiapa lagi. okay, study duluan. chiooowww!!









gtg
see ya 
Miss A. 

Saturday, May 28, 2016

everyday,
i have to look at the sky,
wondering if there's you face there,
i have to see the stars,
if they show me a direction to you,
i have to close my eyes,
to see any sign of you when i open them back.

I,
want you to come back so much,
bring back my heart to me,
give back my love to me,
you left me with nothing ,
but a broken heart.

hoping,
you will be here,
to see me cry because of you,
the tears that came out for missing you,
still hoping even it is impossible to see you,
again.

still,
looking for you,
day by day, time by time,
my heart breaks a lot,
when you go away from my life,
wishing to see you now,
for the last time,maybe.

im all alone and loneliness is my new partner.


created by:athifahdin

gtg
see ya
Miss A
dah lama tak buat cerpen or novel. haiishh. ni semua sebab takde mom's approval. sebenarnya aku teringin nak jadi novelist or a poet. tapi ibu tak kasi. kenape pon aku tak tahu. but then, i'm still doing it for fun or as a hobby i guess. 

someone pernah tanya aku, macam mane aku dapat ilham and idea nak menulis or berpuisi,lewlss.  i think of someone. someone who is important to me. my besties, family and all those important ppl. actually, most of my cerpen or novel or puisi is all about me and my feeling. the happiness, broken heart, confiusion an etc. 

teringin nak menulis balik skrg. tapi busy sangat. got no time bebeyh. 


gtg
see ya
Miss A

Friday, May 27, 2016

yeayyy!! done practical test on netball. just one more to go. lewlls..

hi good day. teringat dekat si shahrul. rasa bersalah tuh ada lagi kat dalam diri aku ni. im so sorry . hmmm. sampai termimpi-mimpi. and one more thing, cincin tu taktau pegi mana. saya patut biar ke carik balik?? saya confius laa. saya memang tak pandai cari barang. maaf. i might have let you go, but then, our memories stay. saya taktau lagi apa jadi dengan perasaan saya. saya kekadang terasa jugak nak tahu keadaan awak. maafkan saya. i have to do that. because im not the girl who deserves all your kindness and honesty. including the love. 

actually i don't believe in love since i was 13. 13 is a young age for be to feel the broken heart. but then yaa, it happened. maaf laa sebab dia seorang , awak pon kene tempias. and haritu saya jumpa dia kat Bareeka. tengah print. saya tak tahu nak buat apa , terus keluar dari kedai. saya tak mampu dah nak tengok dia lagi. sebab saya jumpa dia sebelum awak shahrul. it has been seven years saya lari dari dia, but then, sekarang jumpa. and hati saya still sakit. i still cry when telling story about him. why? because i still cannot move on. i am so sorry. as i always told you shahrul, you deserves better. who loved you whole-heartedly. and im not that person. so, pushing you away and letting you is the one and only way. even when i do not confirm whether i will met a nice guy like you again or nah. saya taknak tipu diri saya and awak. sampai bila kan nak macam tuh. saya dah decide saya terima je pilihan mak saya. saya dah penat nak carik.

and shahrul, awak nak tahu tak, i met someone here who looks like you. not exactly the same but yeah, a bit same. tapi perangai tak same laa kot. cause you're the one and only. haiiishh. susah kan macam ni. awak stuck dengan perempuan yang confius macam saya kan. maaflaa. 

it just good to know the one who you love stay happy and good. lol.
im not agree with that. why? because i'm not happy at all seeing him with his future wife right now.

okay.done


gtg
see ya
Miss A
 

Thursday, May 26, 2016

love isn't love till you give it away

I’m just a human. A normal not extraordinary girl who born on February .  Who can possibly be killed at anytime . I’m just a girl who afraid to face my own feelings .  Who might regret every single decision that was made.  Hoping for the best all I can do since I was too afraid to  move on whenever I fell.  I still hoping that one day someone will come to me , hold me tight AND SAY,  “don’t you worry, I’ll be there with you every time, everywhere even when I’m sick to death, I will still be there for you. Even when we’re thousands years apart, thousands miles away, I’ll make it for you. Remember one thing, love is when the shortest distance  is too great and the greatest distance can be bridged,”.

But it seems just to be a dream that will never be true. I’ve been looking for a perfect love story but I never tried to make it perfect in my own way. But then, life is too short to have regret. I’d fall once, and scared to fall again. It hurts me well. Even though, I could eliminate the heartache , but the scars will still be there and at some point, it will bleed , AGAIN. I wanted to fly away and be free so that you couldn’t break my heart again. I wished it could be that easy. To just forgive and forget but then I’m only human and I break when I fall down.

Dear heart, please don’t easily fall in love. Its hurt . So much especially when it comes between friends. I do really hope that it will be much easier to handle the feeling that will haunted me all my life, but then it just a hope and till now I was hoping it is true.  My heart denying that I was hurted but my mind couldn’t bear it any longer. So much pain my heart take lately.

When He brings us to it, He will bring us through it. But when will the time comes. I hope for the day to come so that I won’t have to suffer this way anymore. I don’t have enough strength to bear this pain any longer. The moment of us together keeps playing in my mind. It feels that you are around. So close so near to me and my heart. Just like folks said, the distance couldn’t break the love. It can be bridged. We’re getting older, but my love never gets old. It still the same even thousands years old.

People is getting older but not the love. True love isn’t going to change even when the night changes. It is difficult to discuss when it comes to love. It is a complicated emotion. Only the person who feel it will understand. When you love someone, you will not ask them to do the thing they don’t like because you scared you might lose them. When you love someone, you won’t feel that distance is  the hurdle because you knew it can be bridged in present of trust and honesty. When you love someone , their name will always be in you Du’a because you want the best from Him to them.

Love is a gift from God to us. To be appreciated even when thousands problems come. But somehow, most of us misused it. One used love to get money, to get name , to get good home and cars and to get expensive clothes. We shouldn’t do that because life is like a wheel. What goes around comes around. What you give you get back. Love should be use wisely. To love and to be loved 

You getting me through the night. I’m stuck in the dark but you my flashlight. Im not afraid anymore because I knew you will light all the way. Since then, I got all I need when I got you . nothing much that I hope more, just you by my side , that would be more than enough.


gtg
see ya
Miss A

tinta hati

Memang benar, kesedihan membawa kita bertemu Allah. Kesedihan jua menyedarkan kita. Cabaran dan ujian yang mendatang adalah tanda Allah mengingati kita dan menyayangi kita. DIA merindui kita untuk berdoa dan bersujud padaNya. Kita sering lupa dan alpa. Kadangkala kita mengeluh tatkala ujian datang. Tak terfikirkah kita bahawa Allah juga bersedih dan kecewa , bilamana Dia datangkan ujian, hati kita masih degil untuk mendekatiNYA.

Kita sering melakukan apa yang dilarang. Tak pernahkan terlintas di benak bahawa ada balasan mendatang dan Allah masih memberi kita peluang untuk bertaubat kepadaNYA. Allah tidak pernah kejam, kita sebagai hambaNYA sering mengzalimi diri sendiri dan berlaku kejam kepada diri sendiri. Tidak takutkah kita pada dosa dan neraka yang menjadi balasan kepada semua kekufuran kita. Allah tetap masih menunggu kita untuk bertaubat kepadaNYA.

Tinta ini juga untuk diri sendiri. Untuk peringatan sahabat sekalian.  Untuk semua umat manusia.

YA ALLAH,
Aku manusia yang lemah
Yang sering alpa
Yang sering melakukan dosa
Yang sering melupakaMU.
Saat kau turunkan hujan,
Berat anggotaku untuk terus sujud kepadaMU.
Saat kau beri aku rezaki,
Berat mulutku untuk melafazkan syukur.
Saat kau beri aku kejayaan,
Amat payah untuk aku menggunakannya ke jalanMU.
Tatkala azan dilaungkan,
Tidak tersentuh hati ini.
YA ALLAH,
Ampunkanlah daku.
Kesedihan yang kau titikkan dalam hati ini membawa aku menghampiriMU.
Menyedari kehadiranMU di setiap waktu.
Saat aku kesunyian,
Kau menemani hati.
Saat aku terjatuh,
Kau beriku semangat untuk berjuang dijalanMU.
Saat aku hilang arah,
Kau berikanku pedoman.
Saat aku hanyut dari landasanMU,
Kau titipkan hidayahMu kepadaku.
Aku malu akan diri ini yang sering melupakanMU.
Berikanlah aku hidayahMU.
Tetapkanlah imanku.
Matikan aku dijalan ENGKAU menghidupkan aku.



created by: AthifahDin


gtg
see ya
Miss A

today

yeay!! officially end of class for this semester. but then, i still got two test. one vetebretes test and another practical test for netball. lewlss. im so done with all the tests. everyone got home. leave me , tasha and alya mereputss here. 

cerita ape ek nak share?? hmmm. pasal haziq? aku buat die sakit hati. tapi taktau laa hati dia sakit ke tak. sebab penat nak dengar orang cakap. and about syahmi. hikhokss. kawan je. tak suka pon die. nanti marah budak2 pompuan tu lagi. tak pasal pasal kena label gatal nanti. lol. my attention is only to be friend with everyone. takde laa pulak yang nak mengata aku dengan stanley . aku pon baik dengan die. daus sopan pon. penat laa nak puaskan hati semua orang. buat keje sendiri lagi bagus.

dalam bilik pulak dah macam ape dah. aku asyik dengan alya laa. yang lain macam tak wujud. nak marah ape pon aku taktau.lantak kome laa. aku malas nak ikot jejak kebudak-budakan korang. menyampah je. korang mereput laa dengan bae2 korang tuh. sikit pon aku tak kesah weyh. bukannya aku desperate sangat nak jantan sekarang. haissh. we're seriously at different level right now. *class too i guess.uhuks*.

okay, done typing.


gtg
see ya
Miss A.

Monday, May 23, 2016

lifeless me

i'm sorry guys. i knew i'm a little bit different lately. lol. i'm seriously didn't know that i've did that. thank you for worrying so much.  :'( .  im lost. like wendy lost in neverland and alice lost in wonderland. but wendy found peterpan to help her and alice found her fate to help her out. but as for me, i found no one yet to bring me out of all this.  

aku sebenarnya tak tahu pun apa masalah aku. aku tak tahu apa yang ada kat fikiran aku sampai orang sekeliling pon rasa yang aku ni lain. maybe sebab dia, who shouldnt be mentioned. tasha, aku mintak maaf sebab buat kau risau. tapi seriously semua tu bukan sebab haziq. haziq dengan aku akan forever be friend. and qis, i am so sorry sebab lately aku dah jarang sangat , ehh bukan jarang memang tak bercerita pun dengan kau. i need time to be alone and heals. haidah, kau cakap aku lain ek? aku banyak diam ek? aku tak perasan . maaf sebab kekadang aku terlebih emosi dengan kau. aku takda niat pon nak buat semua tuh. aku banyak susahkan kau. kau takda salah pon dengan aku. aku takde terasa hati pon dengan kau. jangan risau. i'm actually fighting with myself a lot. so you dont have to worry that much. shaf, thank you so much sebab stay. sebab dengar cerita aku. sebab redha kalau aku spam whatsapp kau pukul 3,4 pagi. thank you once again for lending me your ears and shoulders, i do really appreciate that. 

and all of you, aku mintak maaf sangat sangat sebab drastically changed. aku banyak diam sebab aku takut bila aku bersuara , i will explode. and aku dah penat sangat nak nangis. its not like aku tak appreciate korang, tapi aku tak tau macam mana nak mula pon. and aku menjauh sebab i need time as space. and this is my healing process. aku tak kuat sebenarnya. support yang korang bagi selalu kuatkan aku. thank you for that. aku janji lepas ni aku takkan pendam sorang2 lagi dah. and, mmg ada benda yang bothering me lately tapi aku taknak susahkan korang dengan cerita aku. so , lets chill out !! 


gtg
see ya
Miss A

Thursday, May 19, 2016

HUUH?

it has been a while since i've actually updating my blog with my own story. lol. i've been very busy lately with assignments, quizes, test, lab reports and all stuff. lately, i just can't sleep. not like 100% can't but i might sleep late at night. i've met the doctor and he gave me multivitamins and stuff. but then i still can't sleep. whatta life huh. 

some asked me why i can't sleep. what can i say? what can i explain about this situation. maybe i overthink about something. yeah , a lot of things bothering me right now. about my girlfriends and ppl around me. they asked for my advices and opinions, but then, they don't wanna or maybe don't have time to listen to my story and problems. lol. that's a lil bit funny but that's the truth. i might be childidh, begging around asking ppl to help me solve my problem but then, it is how it works. i might look tough but frankly speaking, im fragile and very sensitive. i've tried to not be over sensitive but then, why should i changed when the others doesn't even try to understand, right? i have so many things to think right now. i chose to  not telling ppl because what can they do? did they help if the heard me? no right. 80% will laugh and the rest will ignore. yeah, IGNORE. im used to that. im sorry for being sensitive and moody sometimes, but i do need my privacy. some of them asked me why i didn't share my story with them. you guys need to know, first, i don't know how to tell. second, i think i might burden all of you. third, you don't have time to listen to me. lastly, you're ignoring me without you realized. i'm sorry  but i chose to keep that to myself. 

i appreciate all of you but then, im afraid i might bothering all of you. 


gtg
see ya
miss A

Saturday, May 07, 2016

lesson

the time when i'm in love, that's the time i met you. thank you so much.

i feel like something new. something new that happen in my life. i hope that feeling is real. i don't want any other heartache. thank you Ya Allah for giving me this feeling even when he didn't even know my feeling. i do really appreciate his existance in my life.  

there will always be rainbow after the rain and thunderstorms. have faith.

i've learnt a lot  from my past. the past that i always pray that i could forget and i hope that i own a time machine to go back to seven years ago and never accept him since he was the one and only reason why i had no love in my heart till the today. our previous relationship do hurts me a lot. do breaks my heart . even when i do moved on, the scars will always be there. and when i got touch again, it might bleed. im not ready for it to break again. 


gtg
see ya 
miss A



for you

waktu.

tercari-cari di dalam kelam.
teraba-raba aku di dalam resah.
waktu terasa seakan terhenti.
mencari di mana keberadaan kamu.

ternyata kehadiranmu itu persinggahan.
perasaan yang lahir itu cuma rekaan.
hati mana tidak terluka
dek cinta yang menyakitkan.

andai bisa aku putarkan waktu.
akan aku cuba untuk tidak bercinta.
kerana luka itu dalam.
hatiku terlalu rapuh untuk kuat.

tetapi,

cinta aku itu suci
aku jatuh cinta kerana kamu adalah kamu
maafkan aku kerana jatuh cinta
jatuh pula ia pada hati yang sudah tertutup

cinta yang umpama menunggu sang putera
datang membawa para tentera
mencari sang gadis yang berhak
untuk mendapat takhta dihatinya.

aku masih menanti.
aku masih mencari.
dimana engkau wahai sang putera
pulangkan kembali hatiku.


created by:miss A

gtg
see ya
miss A in love