Memang benar, kesedihan membawa kita
bertemu Allah. Kesedihan jua menyedarkan kita. Cabaran dan ujian yang mendatang
adalah tanda Allah mengingati kita dan menyayangi kita. DIA merindui kita untuk
berdoa dan bersujud padaNya. Kita sering lupa dan alpa. Kadangkala kita
mengeluh tatkala ujian datang. Tak terfikirkah kita bahawa Allah juga bersedih
dan kecewa , bilamana Dia datangkan ujian, hati kita masih degil untuk
mendekatiNYA.
Kita sering melakukan apa yang
dilarang. Tak pernahkan terlintas di benak bahawa ada balasan mendatang dan
Allah masih memberi kita peluang untuk bertaubat kepadaNYA. Allah tidak pernah
kejam, kita sebagai hambaNYA sering mengzalimi diri sendiri dan berlaku kejam
kepada diri sendiri. Tidak takutkah kita pada dosa dan neraka yang menjadi
balasan kepada semua kekufuran kita. Allah tetap masih menunggu kita untuk
bertaubat kepadaNYA.
Tinta ini juga untuk diri sendiri.
Untuk peringatan sahabat sekalian. Untuk
semua umat manusia.
YA ALLAH,
Aku manusia yang lemah
Yang sering alpa
Yang sering melakukan dosa
Yang sering melupakaMU.
Saat kau turunkan hujan,
Berat anggotaku untuk terus sujud
kepadaMU.
Saat kau beri aku rezaki,
Berat mulutku untuk melafazkan
syukur.
Saat kau beri aku kejayaan,
Amat payah untuk aku menggunakannya
ke jalanMU.
Tatkala azan dilaungkan,
Tidak tersentuh hati ini.
YA ALLAH,
Ampunkanlah daku.
Kesedihan yang kau titikkan dalam
hati ini membawa aku menghampiriMU.
Menyedari kehadiranMU di setiap
waktu.
Saat aku kesunyian,
Kau menemani hati.
Saat aku terjatuh,
Kau beriku semangat untuk berjuang
dijalanMU.
Saat aku hilang arah,
Kau berikanku pedoman.
Saat aku hanyut dari landasanMU,
Kau titipkan hidayahMu kepadaku.
Aku malu akan diri ini yang sering
melupakanMU.
Berikanlah aku hidayahMU.
Tetapkanlah imanku.
Matikan aku dijalan ENGKAU
menghidupkan aku.
created by: AthifahDin
gtg
see ya
Miss A
No comments:
Post a Comment