~Takdir cinta~
“Love comes simply for pain”. Itu adalah ungkapan yang
sesuai bagi Nerina Aisya pada saat ini. Kehilangan insan yang disayangi
benar-benar mengguris hati dan perasaannya. Tidak pernah terlintas di benaknya
bahawa dia akan kehilangan insan yang amat dia cintai dalam sekelip mata.
Lelaki itu merupakan insan pertama yang mendapat tempat dihatinya. Berat
hatinya untuk merelakan,tetapi apakan daya dia untuk memaksa hati dan perasaan
orang lain. ‘huhh…’Aisya mengeluh berat. Matanya memandang ke luar jendela.
Melihat keindahan langit malam yang dihiasi bintang dan diterangi bulan.
Mindanya teringat peristiwa 5 tahun lepas. Saat hatinya
masih remaja. Perkenalannya dengan
seorang lelaki diatur oleh sahabatnya, Miratul Sofwa. Salam perkenalan yang
murni dihulurkan oleh Aisya kepada Amir
Naufal. ‘Hai, saya Naufal. Amir Naufal.’
Kata Naufal dengan senyuman yang terukir dibibirnya. ‘Saya Aisya.Nerina Aisya.’
Aisya tertunduk malu. ‘ Saya dah kenal. Mira banyak bercerita tentang awak.’
Muka Aisya kemerahan. Mereka beriringan menuju ke dalam restoran McDonald. Mereka cuba mengenali hati budi masing-masing.
Perhubungan mereka semakin hari semakin mesra. Bagai pinang
dibelah dua. Bagai belangkas. Ke mana sahaja mereka pasti berdua. Aisya
merasakan yang dirinya disayangi dan diberi perhatian. Dahulu dia sering
mengimpikan seorang teman yang begitu memahami dan sekarang dia menjumpai
seorang lelaki yang sangat memahami dia. Cuma , dia hanya keliru dengan
perasaannya sendiri. Kekeliruan dihati dibiarkan tanpa jawapan yang pasti demi
menjaga persahabatan mereka yang terjalin mesra.
Aisya. Naufal ada nak
bagitahu sesuatu..
Kiriman SMS daripada Naufal dibaca dengan teliti.
Apa dia? Cakaplah.
Balas Aisya ringkas.
Sejak kali pertama
Naufal berjumpa dengan Aisya, Naufal dah rasa sesuatu yang berbeza dengan
Aisya. Naufal rasa Aisya ni berbeza dengan perempuan lain. Naufal nak propose
Aisya jadi teman hidup Naufal, boleh? Naufal harap Aisya sudi.
Antara tangisan atau ketawa. Hatinya tersentuh. Rupanya dia
tidak bertepuk sebelah tangan.
Perasaan cinta yang hadir dalam diri manusia telah ditakdirkan. Tiada
yang dapat memaksa cinta untuk hadir. Cinta menjadi fitrah kehidupan manusia.
Aisya tersentuh dengan kebaikan Naufal dan Aisya menerima Naufal dengan ikhlas
dan demi agama dan maruah Aisya.Aisya cuma berharap cinta dan sayang yang Aisya
hulurkan tidak didustai. Sayang dan kasih yang naufal beri pada Aisya tidak
palsu.
Hati Naufal bahagia tatkala membaca bait kata-kata Aisya.Tidak
menyangka bahawa Aisya akan menerima dia sebagai kekasih hati. Naufal meraskan yang dia
merupakan lelaki yang paling bahagia kerana diberi cinta untuk diberikan kepada
Aisya. Gadis yang sangat baik, sopan dan sangat berbeza dengan perempuan lain.
Aisya pula masih keliru dengan hatinya. Memang Naufal lelaki
yang baik, tetapi dia takut dipermainkan. Takut ditipu. Naufal lelaki pertama
yang dia terima sepanjang hidup dia. Dia juga berharap Naufal menjadi yang
terakhir. Cinta yang dihulurkan bukanlah permainan hatinya.
3 TAHUN BERLALU..
‘Assalamualaikum Aisya.’
Salam yang dihulurkan mengubat rindu di hati setelah sekian
lama tidak berjumpa. Walaupun hanya bercakap melalui telefon, tetapi Aisya
sudah gembira.
‘Waalaikumussalam. Ada apa telefon Aisya?’
‘Naufal rindu. Dah lama tak jumpa. Awal tahun depan Naufal
akan balik Malaysia. Tak sabar nak jumpa Aisya.’
Airmata Aisya hampir mengalir kerana terlalu rindukan
Naufal.
‘Aisya akan balik Malaysia akhir tahun ni. Minta awalkan final exam. Bosan dah duduk
kat UK ni lama-lama. Macam mana belajar? Ok tak?’
‘Ok je. Naufal pun minta awalkan tapi tak boleh. Dah serabut
duduk kat negara orang nie. Hum. Ok la, nanti kalau free Naufal call lagi.’
‘ok bye.Assalamualaikum.’
‘Bye waalaikumussalam. Nerina Aisya. Amir Naufal sayang
awak.’
‘aisya pun sayang Naufal.’
Panggilan dari kekasih
hati mengurangkan kesedihan dihati. 3 tahun berpisah. Aisya ke United Kingdom
untuk sambung belajar dalam bidang perubatan manakala Naufal ke Jepun dalam
bidang engineering. Walapun terpisah hati
dan fikiran mereka tetap bersama.
Hari yang dinantikan telah tiba. Aisya selamat sampai ke
Malaysia. Hatinya terlalu rindu akan tanah tumpah darahnya dan keluarganya.
Kepulangannya ke Malaysia masih tidak sempurna kerana Naufal tiada disisi. Hari
–harinya di Malaysia begitu kosong kerana Naufal jauh dimatanya. Dia sering
berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadapi situasi ini.
Aisya berada di lapangan terbang KLIA menunggu ketibaan
pujaan hatinya Naufal. Penerbangan dari Jepun tiba pada jam 5 petang. Aisya
mencari-cari kelibat Naufal dan terkejut apabila tangannya dipegang seseorang
dari belakang. Dia memusingkan badannya ke belakang dan melihat Naufal. Dia
terkedu. Orang yang disayangi dan dirindui sejak sekian lama kini berada di
depan mata.
‘Assalamualaikum cintaku Nerina Aisya. Maafkan saya buat
awak tercari-cari dan tertunggu-tunggu.’ Ucap Naufal sambil memegang sejambak
bunga ros putih dan diberikan kepada Aisya.
‘Waalaikumussalam rinduku Amir Naufal. Terima kasih untuk
bunga ni. Saya akan terus menunggu awak sampai akhir hayat saya.’
Mereka serentak tersenyum dan melangkah pulang kerumah
Naufal.
Hari-hari Aisya
kembali gembira dengan adanya Naufal disisi. Mereka sering keluar bersama. Pada
suatu hari, Naufal mengajak Aisya ke taman bunga tempat mereka pernah mereka
kunjungi. Aisya berfikir sejenak kenapa naufal mengajak dia ke taman bunga?
Kenapa bukan di tempat mereka selalu jumpa? Dia mengesyaki sesuatu.
‘ke dia nak lamar aku?
Wow! Tak sabarnya.’ Monolog Aisya.
Aisya pergi ke tempat yang dijanjikan. Dari jauh dia melihat
kelibat Naufal yang berbaju putih, berjeans hitam dan memakai sneakers putih.
‘Hai Naufal. Sorry lambat sikit.’
‘Oh. Tak apa . saya pun baru sampai.’
Mereka duduk di gazebo bersebelahan dengan kolam ikan.
‘Ada apa awak nak jumpa saya? Macam serius je.’ Tanya Aisya.
‘Memang agak serius. Pasal hubungan kita.’
‘kenapa dengan hubungan kita.’
Naufal mengaluh berat.
‘Kita dah kenal 3 tahun lebih dah. Kita dah banyak lalui
hari-hari bersama. Tapi, saya rasa kita tak boleh lagi bersama sebab saya masih
ada banyak komitmen lain yang saya kena fokus. Maafkan saya.’
Airmata Aisya berjujuran. Kenapa semuanya jadi begini?
Kenapa perpisahan yang terjadi?
‘Andai ini takdirNya saya redha. Andai perpisahan yang awak
nak saya ikhlas. Maafkan saya jikalau selama ini kehadiran saya mengganggu
awak. Assalamualaikum.’
‘Aisya tunggu..’
Panggilan Naufal tidak dilayan. Dia melangkah pergi dengan
hati yang patah. Tidak dia sangka hubungan selama ini menjadi beban kepada
Naufal. Hatinya teramat sakit. Dia sudah kecewa dengan lelaki. Semua lelaki.
Cinta pertama yang bersemi dihati kini menjadi luka parah yang merosakkannya.
Mengapa dia yang merasai semua ini. Hidupnya kini dibasahi
air mata. Janji yang dilafazkan dahulu kini dimungkiri oleh Naufal sendiri.
Ya ALLAH, kembalikanlah kekuatan aku.
Aisya terkejut dengan lamunannya dengan bunyi ketukan pintu.
Walaupun peristiwa itu sudah 2 tahun berlalu bagaikan baru semalam dia
mengalaminya. Cinta yang dikhianati tidak akan pernah dia lupakan.
‘Morning Aisya. Jom keluar. Budak-budak ni ajak reunion .
jom la.’ Ujar Syazinta.
‘Alaa . Malas la.’ Balas Aisya.
‘Sampai hati kau. Bukan senang nak buat reunion tau. Lagipun
bukannya jauh sangat kat taman tu je ha.’
‘yela-yela. Jap lagi aku turun.’
‘yeay! Sayang kau.’
Syazinta tersenyum dan keluar dari bilik aisya. Aisya
bersiap ala kadar dengan mengenakan Jeans hitam, kemeja pink dan bertudung
hitam. Hati Aisya tersentuh apabila taman yang dimaksudkan Syazinta ialah
tempat dimana perpisahannya dengan Naufal. Tetapi dia berpura-pura tiada apa
yang berlaku kerana dia ingin kesedihan itu dipendam sendiri. Kalaupun dia
bercerita dengan orang lain , itu tidak akan mengubah masa lalu.
Dia berjalan sendirian ke gazebo di mana Naufal meminta
perpisahan dahulu. Hatinya bagai berdarah kembali. Sedih? Memang sedih. Cinta
pertama yang disangka akan berkekalan kini sudah pergi. Kata-kata terakhir
Naufal pada malam mereka berpisah masih terngiang-ngiang di telinganya ,
Saya nak awak anggap
yang kita tak pernah kenal. Anggap kita tak pernah ada apa-apa. Kita dah tak
sehaluan. Lupakan saya. Cari orang lain.
Kata-kata itu membuatnya terguris.
‘Saya takkan pernah
lupakan awak. Awak boleh pinta saya tinggalkan awak, tapi untuk lupakan awak
beri masa seumur hidup saya.cari orang lain? Tiada yang dapat lupakan cinta
pertama. Janji yang awak taburkan dulu akan saya ingat sampai bila-bila.’ Hati
Aisya berbicara.
Dia masih termenung ke arah kolam ikan. Dia mulai bosan dan
ingin pergi menyapa rakan-rakannya. Tiba-tiba dia dilanggar oleh seseorang. Dia
hampir terjatuh tetapi tangannya pantas ditarik oleh lelaki itu.
‘Maafkan saya. Saya tak sengaja. Saya nak cepat sebab ada
hal.’
‘Tak apa encik. Saya pun salah sebab tak tengok awak.’ Kata
Aisya sambil membetulkan bajunya. Mukanya diangkat dan dia hamper rebah kerana
lelaki itu ialah Amir Naufal. Lelaki yang pernah menjadi kekasihnya. Yang
pernah melukai nya. Tetapi masih lagi cinta dia. Hati sakit bila melihat muka
Naufal. Airmatanya mengalir dipipi. Lalu dia melarikan diri.
‘Aisya! Aisya! Nanti dulu! ‘ jerit Naufal.
Jeritan itu tidak diendahkan. Aisya meninggalkan taman itu.
Dia bukan bencikan Naufal tetapi dia tidak menyangka akan berjumpa kembali.
Hatinya perit dan pedih.
‘aku benci kau Naufal.
Kenapa kau muncul lagi saat hati sedang sakit?’ Detik hati Aisya.
Ada satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali masuk ke
telefon Aisya.
‘assalamualaikum. Siapa ni.’
‘waalaikumussalam. Saya Naufal. Tolong jangan letak . saya
nak cakap sikit. Maafkan saya. Saya memang salah. Saya ingat tanpa awak saya
boleh hidup, tapi saya silap. Awaklah sumber inspirasi dan semangat saya. Aisya
, saya perlukan awak. Tolong bagi saya peluang.’
Aisya mengeluh berat.
‘Maafkan saya Naufal. Hati saya masih sakit. Tak mungkin
kita akan bersama lagi lepas semua yang buat kat saya. Bukan semudah itu untuk saya lupakan
segalanya. Tak mudah bagi saya untuk menerima lelaki yang pernah hancurkan
impian dan hati saya. Selepas awak pergi, hidup saya hancur. Setahun saya
berlinang airmata. Saya takkan biar saya disakiti dua kali. Maafkan saya. Mohon
memahami.’
Panggilan itu terus Aisya putuskan.
“Ya ALLAH beri aku ketabahan. Jagalah hatiku. Jagalah hati
dia. Sesungguhnya aku yakin segala-galanya telah diatur oleh Mu untuk hambaMu.
Berikanlah yang terbaik untuk kami. Seandai dirinya, tercipta untukku, relaku
menjadi miliknya. Seandainya tidak jauhkanlah hati aku dari dia.” Pohon Aisya
dalam solatnya istikharahnya.
Aisya nekad untuk sambung pelajaran ke United Kingdom untuk
menyambung PhD dan membawa hati yang lara. Lari jauh dari kenangan yang
merosakkannya. Jauh dari cinta. Jauh dari Amir Naufal yang pasti. Dia tidak
sekuat Saidatina Khadijah untuk berhadapan dengan situasi ini. Dia tidak
setabah Sumaiyyah yang gagah menghadapi ujian hidup. Dia tidak sekental
Saidatina Aisyah yang sering berada disisi Rasulullah. Dia tidak mahu impiannya
musnah akibat cinta. Cukuplah hanya sekali dilukai. Bukan nya tidak bercinta
tapi serik untuk menyintai lagi. Dia tidak berdendam kerana memaafkan lebih
memberi balasan Cuma dia sudah tidak kuat dan putus asa dalam percintaan.
Pengalaman mengajar dia erti dewasa. Dia rela berkorban kasih dari jadi mangsa
cinta seorang lelaki yang tidak pernah menghargai cinta dia. Biarlah masa yang
menentukan segalanya. Dia akan pulang ke Malaysia apabila dia mendapat kembali
ketabahan dan kekuatan diri.
>Forgiving people who have hurt you is your gift to them,
forgetting people who have hurt you is your gift to you. If you love someone
let it go. If it comes back to you, it’s yours. If it doesn’t, it never was.
Sometime you have to realize that some people can stay in your heart but not in
your life. <
By: ATHIFAHDIN